mk-logo
Berita
Nazri: Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang “pegawai khas” di kementeriannya.

Beberapa pihak mendakwa tindakan itu merupakan satu perbuatan nepotisme.

“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan satu muzium patung lilin di Shah Alam hari ini.

Katanya beliau tidak mengendahkan pandangan seperti itu kerana beliau dipilih secara sah dan masih dilantik sebagai menteri.

“Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.

Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS