Kakitangan sebuah resort di Tanjung Sedili Besar, yang menempatkan surau kontroversi ekoran penganjuran satu upacara Buddha, kini tidak tertanya-tanya mengenai masa depan mereka.
Laporan The Star yang memetik kenyataan seorang penyelia resort berkenaan hari ini menyebut, kakitangan berkenaan masih tertanya-tanya kerana pihak berkuasa masih belum memutuskan tindakan ke atas pemilik pusat peranginan tersebut.
Penyelia berkenaan, Kanang Margoni berkata, majikannya juga membatalkan kesemua tempahan tetamu ke resort tersebut, yang kini ditutup buat sementara waktu.
Kerajaan pada Sabtu lalu dilaporkan menarik balik status penduduk tetap pemilik resort terbabit, 45 tahun yang berasal dari Singapura.
Majlis Agama Islam Johor pula dilaporkan bercadang untuk merobohkan surau kontroversi di resort berkenaan ekoran ciri-ciri meragukan serta arah kiblat yang salah.
Isu berkenaan dijangka akan diputuskan dalam masa sebulan selepas segala siasatan selesai.
