Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempertahankan sistem pilihan raya sedia ada berbanding sistem berkadaran (proportionate system) yang dicadangkan beberapa pihak sebagai sistem alternatif.

Menurutnya, sistem sekarang yang dikenali sebagai 'first-past-the-post' (FPTP) memastikan setiap kawasan Parlimen mempunyai seorang anggota Parlimen yang bertanggungjawab terhadapnya.

"Dalam sistem sedia ada, rakyat boleh mengenepikan wakil rakyat mereka yang tidak menjalankan tugas dalam pilihan raya seterusnya.

"Dalam sistem berkadaran pula, rakyat akan memilih parti dan parti tersebut kemudiannya akan memilih wakil rakyat menurut kehendak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan agar Malaysia beralih kepada sistem berkadaran memandangkan kerajaan kini hanya memperolehi 47 peratus undi populare berbanding 51 peratus undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat.

Wan Ahmad yang berucap dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur pagi ini berkata, satu suruhanjaya perlu dibentuk untuk mengkaji cadangan penukaran sistem pilihan raya jika rakyat bertegas mahu ia dilakukan.

Turut hadir pada forum itu adalah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

ADS