Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Finas akan pastikan Tanda Putera ke Pulau Pinang
Diterbitkan:  Aug 30, 2013 11:56 AM
Dikemaskini: 4:00 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek hari ini berkata, filem kontroversi Tanda Putera akan memasuki panggung wayang di Pulau Pinang, walaupun kerajaan negeri tidak mahu ia dimainkan di negeri Pulau Mutiara itu.

NONE Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah diminta memastikan filem itu ditayangkan di panggung wayang di negeri itu seperti dirancang, tulis Shabery ( kanan ) di dalam Facebook miliknya.

Mengulas tindakan kerajaan Pulau Pinang menukar surat "arahan" kepada "nasihat" kepada panggung wayang supaya tidak menayangkannya, Shabery berkata, ia mungkin berlaku disebabkan tuntutan dan kemarahan orang ramai.

Katanya, pihak yang mendapati filem itu mempunyai babak fitnah dan mengganggu keharmonian kaum boleh membuat laporan kepada polis dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

[Baca berita penuh]

ADS