Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri gesa Anwar cadang dialog perpaduan di Parlimen

Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memajukan cadangan dialog perpaduan di antara BN dan Pakatan Rakyat semasa sidang Parlimen bulan September depan supaya ketua pembangkang itu didakwanya tidak lagi dapat "menipu rakyat".

"Anwar ini banyak tahi minyak, kita dah malas dengan tipu helah dia, pertamanya (dakwaan) 40 ribu (pengundi hantu) Bangladesh," kata Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

"Saman-saman yang dibawanya ke mahkamah tak ada sebut tentang itu.

"Kita nak benda ini supaya rakyat semua tahu, jadi apa-apa yang dia hendak cadangkan, cadangkan di Dewan Rakyat," kata Nazri kepada pemberita di Kuala lumpur petang tadi.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-50 Muzium Negara di Kuala Lumpur petang tadi.

Anwar semalam menyeru agar sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang dilaksanakan bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

Dalam reaksi segera kepada gesaan itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam menyifatkkanya sebagai usaha terdesak Anwar selepas seruannya agar rakyat berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya umum ke-13 tidak mendapat sambutan dan petisyen-petisyen yang difailkan pembangkang turut ditolak mahkamah.

 

 

 

ADS