BERITA

IGP dakwa Pak Samad 'menyorok'

Kow Kwan Yee

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Sep 2013, 7:08 pagi

Polis meminta sasterawan negara Datuk A Samad Said menyerah diri kepada pasukan itu untuk membantu siasatan berhubung tindakan individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya berhampiran Dataran Merdeka pada Jumaat malam lalu.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa A Samad “menyorok” ketika polis menjalankan operasi mengesan sasterawan itu pada malam tadi.

NONE "Saya minta dia serah diri. Semalam polis nak cari dia, tapi dia meyorok pula. Jadi sekarang polis belum kesan lokasinya.

"Kalau berani cabar undang-undang, kena berani tanggung," katanya dalam satu sidang media di kampus Universtiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pagi ini.

Katanya, polis cuba mengesan A Samad selepas menahan aktivis Hishamuddin Rais dan Adam Adli pada ham 8.40pm pada malam tadi di Kampung Baru.

Polis menjalankan siasatan ke atas dua aktivis berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.