DAP sokong MCA isu saluran dana kampung baru
Dalam satu perkembangan mengejut, DAP hari ini menyokong saranan MCA agar kerajaan melanjutkan pemberian bantuan terus kepada sebanyak 607 buah kampung baru di seluruh negara.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baru kepada majlis kerajaan tempatan hanya hanya menambah masalah birokrasi.
Tambahnya, keadaan itu bukan sahaja menambah beban kerja penjawat awam tetapi turut akan menambah kelewatan.
Katanya, sistem sedia ada melibatkan penyaluran dana secara terus kepada jawatakuasa kemajuan dan keselamatan kampung perlu diteruskan kepada golongan berkenaan lebih memahami isu setempat.
Sehingga tahun lepas, sejumlah RM70 juta disalurkan kepada 450 buah kampung baru Cina, 113 kampung terancang dan 44 buah kampung nelayan majoriti Cina, kata Lim.
Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Kementeian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar masih belum memaklumkan kepada majlis kerajaan tempatan mahupun kepada pegawai daerah untuk mengambil alih kelulusan bantuan tersebut.
Ketua biro kampung baru MCA Hoh Khai Mun pada hari Jumaat lalu menggesa kerajaan persekutuan untuk mengekalkan sistem penyaluran dana sedia ada kepada kampung baru.

