TRIBUNAL BERSIH Pegawai pengendali Tribunal Rakyat anjuran BERSIH tentang PRU13 berkata beliau berharap BN akan menghadiri tribunal tersebut yang akan berlangsung selama lima hari.

Gurdial Singh Nijar memberitahu pemberita hari ini bahawa pasukan peguam telah menulis kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, selepas beliau (Tengku Adnan) mendakwa akan hadir jika penganjur menulis kepadanya.

"Kami berharap orang dari sebelah sana akan hadir," katannya.

Beliau sebelumnya mengingatkan anggota panel berkenaan bahawa tribunal itu bukan bertujuan untuk menuduh mana-mana satu pihak.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak jemputan tribunal itu untuk mengambil bahagian dalam prosiding berkenaan.

[Baca berita Penuh]