Syarikat milik kerajaan negeri Sarawak Energy Berhad (SEB) memulakan proses penakungan di empangan RM4 bilion Murum di Ulu Belaga semalam, tanpa mengambil kira bantahan masyarakat Penan daripada enam kampung yang mengadakan hadangan ke tempat itu.

Empangan itu memerlukan setahun sebelum airnya cukup untuk digunakakan sebagai janakuasa.

NONE Penyelaras Kebangsaan Gabungan Pemuliharaan Persekitaran Semulajadi Sarawak (SCANE) Raymond Abin ( kiri ) berkata, terdapat lebih 100 penduduk Penan masih membentuk hadangan di situ setelah mendakwa SEB gagal menunaikan janji.

Mereka daripada Long Wat, Long Luar, Long Tangau, Long Menapa, Long Singu dan Long Malim.

Penduduk Penan menuntut pampasan RM500,000 sekeluarga untuk kehilangan tanah dan kampung, tanah gantian 25 hektar untuk setiap keluarga, kawasan hutan 30,000 hektar, 10 peratus royalti daripada keuntungan empangan dan pemilikan untuk semua kawasan yang tidak ditenggelami air.

Dalam pertemuan awal bulan ini, permintaan mereka ditolak.

[Baca berita penuh]