Mahkamah Rayuan yang bersidang di Kuching semalam mengesahkan bahawa 'pemakai menoa' (domain wilayah) dan 'berhala Galau' (hutan simpanan) sebagai tanah adat (NCL) di bawah adat Iban atau adat di Sarawak, sekaligus menjadi satu lagi kekalahan yang memalukan bagi kerajaan Sarawak.

Keputusan oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Ramly Ali, Datuk Abdul  Aziz Abdul Rahim, dan Datuk Mohd Zawawi Salleh pastinya akan menggusarkan pihak pentadbiran serta puluhan syarikat gergasi yang telah menanam kelapa sawit di atas tanah berkenaan.

Terdapat lebih daripada 200 kes yang sama yang menunggu  perbicaraan  di mahkamah.

Keputusan itu dibuat dalam dua kes, iaitu Saman Mahkamah Tinggi No 22-43-2000-I di mana Luking anak Uding dan dua lagi dari Tuai Rumah Luang, Merakai, Serian menyaman Penguasa Tanah dan Ukur, Kota Samarahan dan tiga yang lain dan Saman Mahkamah Tinggi No 22-249 -98- III ( I) , di mana Tuai Rumah Nyutan ak Jami dan dua yang lain menyaman Lembaga Pembangunan dan Perlindungan Tanah ( LCDA ) dan dua yang lain.

Dalam kes Luking, kawasan yang dipertikaikan adalah kira-kira 9,000 hektar yang ditanam sepenuhnya dengan kelapa sawit , manakala di Nyutan itu , kawasannya seluas lebih 4,857 hektar , juga ditanam dengan tanaman.

Dalam kedua-dua kes itu, ketiga-tiga defendan adalah sama, iaitu LCDA , Nirwarna Muhibbah Sdn Bhd dan kerajaan Sarawak.

Memandangkan persamaan pihak-pihak dalam dua saman itu dan kerana  salah satu Pajakan sementara (PLS) bertindih dengan NCL kedua-dua pihak plaintif Iban dalam kedua-dua kes berkenaan, maka rayuan mereka telah disatukan

Manakala LCDA merupakan anak syarikat kerajaan, Nirwarna Muhibbah Sdn Bhd dimiliki oleh Menteri Muda Naroden Majais dan isterinya.

Mahkamah Rayuan mengarahkan kos sebanyak RM10,000 perlu dibayar oleh setiap perayu/defendan dan RM5,000 oleh setiap pencelah kepada plaintif/responden.

NONE Sementara itu, Harrison Ngau (kiri ) yang mewakili Luking Anak Uding

dan dua yang lain, memetik pepatah Melayu yang berbunyi' biar mati anak jangan mati adat'.

"Inilah apa yang penduduk asal mahukan, 'adat' mereka 'pemakai menua' dan 'berhala Galau' mesti dipelihara dan dihormati.

"Semua orang asal di Sarawak harus mempertahankan 'adat' suci ini dan warisan mereka yang nenek moyang kita perturunkan kepada kita dan kita pula perlu menyerahkan kepada generasi masa depan kita," katanya.

[Baca berita penuh]