Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bumbung masjid baru RM6j runtuh di T'ganu
Diterbitkan:  Sep 29, 2013 2:39 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Bahagian bumbung sebuah masjid di Kuala Nerus, Terengganu runtuh dalam satu kejadian awal pagi ini, selepas kebocoran dikesan di struktur tersebut.

Laporan Bernama menyebut, struktur masjid di Kampung Tebauk, di Bukit Tunggal itu runtuh dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi ini.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, menurut laporan tersebut.

Masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah itu baru siap dibina dua tahun lalu dengan kos RM6 juta, lapor agensi tersebut.

MP Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah ketika dihubungi berkata beliau kecewa dengan kegagalan infrastruktur yang sering berlaku di negeri tersebut.

Arkitek tersebut berkata, pembinaan bangunan di Terengganu tidak dibuat dengan rundingan dan seliaan yang sepatutunya.

Isu keselamatan dan piawaian binaan menjadi tumpuan utama susulan kejadian bangunan dan struktur awam runtuh yang sering berlaku di Terengganu.

Nahas terakhir berlaku pada Mei apabila Majis Binjai Kertas di Hulu Terengganu runtuh.

Kejadian yang paling diingati membabitkan runtuhan bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Stadium berkenaan, yang turut membabitkan penglibatan firma Raja Kamarul runtuh pada 2009 dan sekali lagi pada Februari.

Raja Kamarul pada Julai lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa kedua-dua kontraktor, yang mula-mula ditugaskan untuk membina bumbung dan juga pihak yang menjalankan pembaikan, tidak berpengalamanan dan tidak berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS