Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Cadangan mufti Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar supaya semua bumiputera Muslim Sabah membuang identiti etnik masing-masing dan dikenali sebagai Melayu, demi perpaduan Islam, 'disambut' dengan cara yang lain.

NONEKenyataan itu menyinggung perasaan beberapa pihak, yang mahukan perpaduan penduduk Sabah tidak kira apa agamanya.

Sejak hari Selasa, penduduk Sabah memenuhkan kotak e-mel anggota Parlimen Penampang daripada PKR Darell Leiking dengan gambar bagi menghantar mesej kuat kepada mufti itu:

"Kami etnik tersendiri dan kami bangga dengannya."

Di pelbagai tempat, malah sehingga sejauh Paris, orang ramai menghantar gambar masing-masing yang menyatakan etnik masing-masing dalam sekeping gambar.

Antara gambar yang dimuat naik di Facebook Leiking, terdapat keluarga enam anggota dalam baju Melayu dan baju tulis meletakkan tulisan: "Kami Muslim... tapi masih Dusun."

Keluarga yang lain pula menulis: Kami Kadazandusun, Sino, Punjabi, Lundayeh dan Filipina dan kami satu keluarga.

Bungsu: Tingkatkan syiar Islam

Bungsu pada 28 Oktober lepas dilapor menggesa kerajaan menggiatkan penyatuan Islam di Sabah menerusi pemerkasaan rumpun Melayu yang menurutnya terbukti berjaya meningkatkan syiar Islam di kalangan pelbagai suku kaum negeri itu.

NONEAziz menegaskan perpaduan nasional mudah tercapai memandangkan majoriti rakyat Sabah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi.

"Tidak semua orang Sabah mengaku orang Melayu...untuk melakukan penyatuan Islam, suku kaum seperti Kadazan, Murut dan Dusun perlu 'dimelayukan' sebagai satu rumpun Melayu.

"Jika di Semenanjung Malaysia, orang Melayu terdiri daripada pelbagai suku seperti Jawa, Bugis dan lain-lain semuanya mengaku Melayu," beliau dilapor sebagai berkata dalam ucapan di Simposium Mendepani Agenda Asing Melayu dalam Krisis Kepimpinan, di Putrajaya.

Beliau menambah, sebelum Sabah menyertai Malaysia, hanya 36 peratus sahaja rakyatnya beragama Islam namun angka tersebut meningkat dua kali ganda kepada 65 peratus selepas 50 tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS