Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Diam bukan pilihan, kata editor pada wartawan
Diterbitkan:  Oct 9, 2013 3:02 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menutup akhbar yang dibuatnya dalam majlis di Melaka Sabtu lalu turut mendapat perhatian pengamal media tradisional.

Sehari selepas kumpulan pengarang akhbar Cina menuntut penarikan balik kenyataan, pengarang veteran TheSun R Nadeswaran pula merakam kritikan dalam kolumnya hari ini.

NONEDikenali sebagai pengarang yang lantang, Nadeswaran dalam kolumnya "Citizen Nades" berkata, Zahid "tidak banyak menghormati undang-undang" dan "bersikap acuh tidak acuh terhadap akal budi".

Dalam kolum bertajuk ‘The foot is in the mouth... again', Nadeswaran berkata, berdiam diri bukan lagi pilihan untuk wartawan dan beliau sedar sepenuhnya kesan yang mungkin terjadi hasil penulisannya itu.

"Saya menulis artikel ini dengan sepenuhnya sedar akibatnya.

"Saya cukup tahu tentang rakan wartawan yang ditahan untuk perlindungan dirinya sendiri," katanya, merujuk kepada penahanan wartawan Sin Chew Daily pada 2008 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bawah menteri ketika itu Syed Hamid Syed Albar.

"Diam bukan lagi pilihan untuk mereka yang mengaku diri sendiri sebagai wartawan. Untuk maruah dan harga diri, kita harus berdiri dan bersuara kepada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap kita," kata Nadeswaran.

[Baca berita penuh]

ADS