BERITA

'Bagaimana dengan hak polis dan mangsa jenayah?'

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Okt 2013, 9:06 pagi

Selepas menjadi sasaran kecaman berhubung kenyataannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan mengapa pengkritik beliau tidak mempertahankan hak mereka yang menjadi mangsa penjenayah.

azlan"Mana hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh.

Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya Zahid dalam tweetnya.

Tweet tersebut nampaknya tidak merujuk kepada apa-apa yang khusus, tetapi dibuat ekoran kecaman hebat terhadapnya selepas laporan Malaysiakini yang berdasarkan rakaman ucapannya yang bocor.

Zahid berdiam diri sejak laporan-laporan tersebut disiarkan pada pada hari Isnin.

Beliau didedahkan sebagai membiarkan amalan menembak penjenayah yang disyaki, daripada menangkap mereka.

NONEAntara mereka yang ditembak mati dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah. Semuanya dituduh menyerang polis sebelum ditembak mati.

Kemudian ketua polis Selangor yang kini menjadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa Aminulrasyid cuba merempuh polis dan dibawa sebilah parang dalam kereta yang dipandunya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut berada di majlis ketika Zahid membuat ucapan kontroversi itu, berkata adalah "tidak beretika" untuk melaporkan berkaitan satu majlis tertutup.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.