Malaysiakini BERITA

Anak saya bukan orang pilihan, keluh Mahathir

Aidila Razak  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sehari sebelum pemilihan Majlis Tertinggi Umno esok, bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengagak nasib anaknya Mukhriz, yang bersaing untuk kerusi naib presiden, mungkin tidak terpilih.

"Ini saya dapati dalam sejarah Umno perwakilan pilih calon yang dianggap kehendak presiden. Orang yang lawan saya tak boleh menang.

NONE"Peluangnya (Mukhriz) 50-50, atau mungkin kurang dari 50 peratus. Dia bukan orang pilihan... orang ramai tidak suka perubahan," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini dalam ucapannya di acara Dewan Perniagaan Melayu, presiden Umno paling lama itu mengakui bahawa dalam pemilihan Umno, wang ringgit memainkan peranan.

"Korupsi berleluasa. Letih sebab duit banyak turun. Tak turun duit, tak dipilih," jawabnya kepada soalan daripada hadirin.

Mengulas lanjut dalam sidang media, Dr Mahathir berkata, walaupun perwakilan berjumlah 150,000 orang, "ada sesetengah pihak yang mampu (memberikan wang)". Baca berita penuh]

Dr Mahathir juga ditanya mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam ekoran keputusan Mahkamah Rayuan mengenainya Isnin lalu.

Beliau berkata, bukan Islam bertegas mengenai penggunaan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia, mewujudkan ketegangan antara agama, kerana bukan Islam di Semenanjung tidak secara tradisinya menggunakan kalimah tersebut.

"Dulu pendapat kita, kalau sudah guna kita tak larang. Yang nak bawa ke semenanjung buat apa. Tak pernah guna pun," tegasnya.

[Baca berita penuh]