Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

BN memulakan kempen mereka di Sungai Limau semalam dengan pendekatan berhati-hati dalam menjaga sentimen penduduk tempatan ke atas bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.

Perkara ini dikesan melalui satu ceramah pada malam tadi apabila para penceramah mengelak dari mengungkit nama Azizan apabila menimbulkan masalah pentadbiran di negeri tersebut sebelum ini.

sg limau by election umno ceramah 241013 fuzin abdul hamid Penceramah Umno negeri yang dikenali sebagai Fuzin Abdul Hamid sebaliknya menjadikan MP Pokok Senan sebagai sasaran apabila membangkitkan masalah pengurusan kolej agama kendalian kerajaan negeri, Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Dalam satu ceramah kelompok di Ulu Sedaka pada malam tadi, beliau mendakwa Mahfuz gagal membina masjid dalam kawasan Kuin walaupun pembinaannya melibatkan pinjaman berjumlah RM330 juta.

"Kerajaan pinjam RM330 juta nak buat Kuin di Kuala Ketil. Akibatnya, tuan-tuan, peruntukan RM330 juta yang dibuat untuk Kuin, masjid pun tak ada.

"Tapi demi amanat Ustaz Azizan, kita akan pastikan Kuin terus megah," kata pengerusi tetap Umno cawangan Pendang itu.

Kuin sebelum ini menghadapi pelbagai masalah di antaranya melibatkan tunggakan gaji kakitangan anak syarikat KUIN, Insaniah Holdings serta asrama pelajar-pelajarnya.

Penceramah itu juga cuba menonjolkan PAS sebagai parti yang parti yang jauh berwibawa dalam soal Islam berbanding PAS.

NONE Fuzin mendakwa Umno sudah lama melaksanakan hudud melalui undang-undang syariah dan PAS sehingga kini tidak melaksanakan hudud kerana akan kehabisan modal politik jika berbuat demikian.

"Mahkamah Syariah dan Kanun Jenayah Syariah itulah hudud sebenarnya tuan-tuan.

"Ini nak suruh depa buat hudud, suruh mai duk dengan kami depa tak mahu. Kalau depa mai buat hudud dengan kami depa takdak modal

"Hari ini apa yang PAS kata pada kita semuanya auta tuan-tuan," kata penceramah itu yang berucap menggunakan loghat utara negeri Kedah.

Di sebelah PAS pula, strategi yang digunakan menjurus kepada penerangan isu-isu semasa kepada penduduk tempatan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengambil kesempatan menerangkan dapatan Laporan Ketua Audit Negara 2012 secara mudah kepada hadirin ceramahnya, juga di Ulu Sedaka semalam.

"Baru-baru ini jam dinding yang harga RM300 kerajaan beli sampai RM3,000.

"Duit siapa? Duit kita, duit orang Melayu," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengingatkan hadirin akan kemungkinan cukai barangan dan perkhidmatan diumumkan apabila belanjawan 2014 diumumkan esok.

"GST ini Gasak Sampai Tertonggeng, semua barang kena cukai mati kita,"katanya.

ADS