BERITA

PAS: Karpal tak harus cakap ikut sedap hati saja

Diterbitkan
Dikemaskini 6 Nov 2013, 11:12 tengahari

VIDEO l 1:22 minit

PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menyarankan parti berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan.

Parti Islam itu menganggap kenyataan sebegitu serius dan membahayakan.

Kesal dengan kenyataan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu tidak berasas dan memperlihatkan Karpal gagal memahami perjuangan parti Islam itu.

NONEMenurut Tuan Ibrahim lagi, kenyataan seperti tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam suasana rakyat menolak BN dan yakin dengan kepimpinan gabungan pembangkang.

"Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia?

"Nilailah sendiri pada PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada tahun 1999 dan Kedah pada 2008 dari segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan? Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kata-kata ikut sedap hati," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataanya hari ini.

NONEKarpal semalam dilapor menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai rakyat tanpa batasan kaum dan agama.

Karpal berkata cara itu merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini dan sudah tiba masa semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran, termasuk PAS jika mahu membentuk negara yang bersatu-padu.

"Sepatutnya parti politik dan mana-mana pertubuhan profesional berasaskan kaum atau agama ini tidak boleh dibenarkan memandangkan perkara ini merupakan suatu yang serius dan bahaya," Karpal dipetik sebagai berkata dalam sidang media semalam.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Karpal itu boleh merugikan DAP secara amnya dan menyerahkan kepada kepimpinan DAP untuk mengambil tindakan.

"Di atas nama parti, PAS membantah keras kenyataan beliau," katanya Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan