mk-logo
Berita
Imigresen NS tahan 24 pengawal warga Nepal
Diterbitkan:  Nov 7, 2013 12:41 AM
Dikemaskini: 12:42 AM

Seramai 24 pengawal keselamatan warga Nepal ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Seremban dan Nilai, lewat semalam.

    

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Abdul Kadir Hussin berkata, kesemua pengawal keselamatan itu ditahan di tempat kerja masing-masing iaitu premis perniagaan, kolej, kilang dan kelab sukan.

    

Beliau berkata lapan orang ditangkap di sebuah kolej swasta, masing-masing dua di kelab sukan dan riadah, kedai emas dan kawasan kediaman manakala 10 ditahan di sebuah kilang.

    

"Mereka ini didapati melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau menyalahgunakan pas lawatan masing-masing," katanya dalam sidang media di Seremban semalam.

    

Katanya, kesemua pengawal keselamatan tersebut dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen, Lenggeng, untuk tindakan lanjut.

    

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

    

Abdul Kadir berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi sama dari semasa ke semasa bagi menjejaki pengawal keselamatan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.

    

- semalam

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini