Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesara 'keturunan diraja Perak' cari kaum kerabat

VIDEO l 2:00 minit

Seorang pesara berusia 70 tahun yang mendakwa daripada keturunan diraja Perak sedang berusaha untuk mewujudkan semula hubungan dengan kaum kerabatnya dan berkata beliau sebelum ini telah dianggap sudah meninggal dunia.

NONEDalam satu sidang akhbar hari ini, Tengku Amran Tengku Muhammad

Shah, yang bercakap melalui jurucakapnya, Ahmad Khairuddin Mohd Ahmad (kiri), berkata beliau mahu ahli keluarga diraja mewujudkan semula hubungan, yang telah terputus sejak sekian lama, dengannya.

Ahmad Khairuddin mendakwa Tengku Amran adalah cucu kepada Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah, yang memerintah di Perak dari 1916 sehingga kemangkatannya dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, katanya, ketika Tengku Amran sedang mengikuti penggajian Islam di Indonesia dari tahun 1961 sehingga 1984, beliau terputus hubungan dengan istana dan kemudiannya dianggap telah meninggal dunia.

Kepada satu soalan, beliau menafikan bahawa Tengku Amran membuat tuntutan ke atas takhta dan berkata ia terpulang kepada Raja-Raja.

NONETengku Amran (kanan) turut hadir pada sidang akhbar itu tetapi

hampir tidak dapat bercakap. Apabila beliau bercakap, pertuturannya tidak jelas dan sesak nafas.

Beliau juga menitiskan air mata apabila cuba untuk menjawab soalan-soalan bagaimana beliau terputus hubungan dengan keluarga diraja Perak yang lain.

Ahmad Khairuddin menjelaskan bahawa Tengku Amran dalam keadaan demikian selepas diserang angin ahmar dan beliau juga lelah dan mengidap penyakit jantung.

Itulah sebabnya, tegas Ahmad Khairuddin, beliau terpaksa bercakap kepada media bagi pihak Tengku Amran.

Satu dokumen berupa sijil kelahiran Tengku Amran juga ditunjukkan kepada media.

NONEIa merekodkan bapa Tengku Amran sebagai 'Tengku Muhammad Shah

Ibni Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhataram Shah (Iskandar Muda)' dan ibunya sebagai 'Puteri Aishah @ Puteri Udoh binti Temenggong Mohamad Noh'.

Dokumen itu dikatakan dikeluarkan di Sitiawan dan mencatatkan tempat kelahiran Tengku Amran di Istana Kayu, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Apabila ditanya mengapa tiada usaha dibuat sehingga kini untuk mewujudkan semula hubungan tersebut, Ahmad Khairuddin menunjukkan usia Tengku Amran yang sudah lanjut itu.

Selain itu, katanya, ini merupakan sidang akhbar kedua diadakan mengenai isu yang sama. Yang pertama diadakan dua atau tiga tahun yang lalu. Bagaimanapun, tidak mendapat sebarang respon.

Percubaan juga dibuat untuk menghubungi istana secara terus, kata Tengku Amran, tetapi beliau mendakwa setiausaha sultan menyekat percubaannya untuk menemui (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah).

Malaysiakini telah menghubungi setiausaha sulit Sultan Azlan - Datuk Abd Rahim Mohamad Nor - dan Istana Perak berhubung dakwaan Tengku Amran dan sedang menunggu jawapan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS