Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mural Zacharevic muncul semula di JB
Diterbitkan:  Nov 14, 2013 3:15 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

VIDEO l 1:06 minit

Kurang 24 jam selepas mural kontroversi Johor Bahru oleh Ernest Zacharevic dipadam oleh pihak majlis bandaraya, ia muncul semula di beberapa dinding di bandar itu.

Yang menariknya, ia bukan sahaja muncul semula di Taman Molek sudut - lokasi asal lukisan itu - tetapi juga di beberapa lokasi lain di Johor Bahru.

jb mural wipe away 131113 04 Fotonya yang dimuat-naik di internet menunjukkan gambar perompak

dan wanita lego itu di beberapa tiga penjuru jalan berasingan di ibu Johor.

Bagaimanapun, dipercayai ia bukan dilukis di situ, tetapi ditampal sebagai pelekat.

Di lokasi Taman Molek, sebagai contohnya, ia mempunyai dimensi yang berbeza daripada yang asal, dan tidak diketahui siapa yang di belakangnya.

Dalam tulisan di Facebook, aktivis Koh Wee Sun berkata malam tadi ada orang yang menampal pelekat itu lagi, dan selepas itu, mural tersebut muncul di lokasi lain.

Mural ini memapar seorang perompak bersenjatakan pisau, sedang menunggu untuk menyamun wanita Lego yang membawa beg Chanel.

Artis tempatan telah menambah lukisan seorang anggota polis Lego di sebelah perompak di mural itu, tetapi ia gagal menghalang majlis bandaraya daripada memadam mural itu.

[Baca berita penuh]

ADS