Bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan berkongsi pengalamannya selama tiga tahun menerajui gerakan reformasi pilihan raya itu dalam satu majlis makan malam Rabu depan.

Bertajuk 'Pengajaran dari BERSIH', majlis makan malam itu adalah mengutip dana bagi bangunan baru Malaysiakini - @KINI.

NONE Ambiga, yang menerima anugerah antarabangsa seperti International Woman of Courage dari Amerika Syarikat pada tahun 2009 dan Knight of Legion of Honour dari Perancis pada 2011 atas sumbangannya kepada hak asasi manusia, berkata kehadirannya di majlis makan malam itu adalah untuk memberi sokongan kepada media bebas.

" Malaysiakini adalah perintis dalam kewartawanan dalam talian dan ia tidak hanya menjadi satu sumber maklumat yang sebelum ini tidak ada kepada rakyat Malaysia, ia juga menjadi contoh terserlah kewartawanan yang berani dan bebas.

"Pada pandangan saya, ia telah membantu membangkitkan semula kepercayaan kita kepada media -  satu blok binaan penting dalam demokrasi. Ia berhak memiliki bangunannya sendiri yang akan menjadi tapak keramat untuk mempromosi kebebasan bersuara dan maklumat," katanya.

Paling penting, tambahnya, Malaysiakini telah menyajikan kepada rakyat, tradisi terbaik kewartawanan profesional.

"Tanpa mereka dan media dalam talian yang lain, rakyat Malaysia tidak boleh sampai sejauh ini untuk menuntut kembali demokrasi yang kita rindui dan yang memang menjadi hak kita."

RM200,000 dikutip dalam seminggu

Majlis makan malam itu akan diadakan di restoran Chilli Rush di Jaya One, Petaling Jaya. Pesertanya akan menyumbangkan RM100 tiap seorang untuk bangunan tersebut. Mereka yang berminat untuk bersama Ambiga di majlis makan malam itu, boleh menghantar emel kepada prem@malaysiakini.com untuk menempah tempat duduk.

Malaysiakini berhasrat untuk mengutip RM3 juta menjelang 15 Januari ini melalui kempen 'Buy a Brick'.

Sejak kempen itu bermula Jumaat lepas, ia telah mengumpul RM220,700 dari 173 penyokong. Nama setiap penyokong akan diukir pada bata pada 'dinding penghargaan' di bangunan baru itu.

Di samping itu, para penyokong juga akan mendapat langganan Malaysiakini dan pengiklanan bersamaan dengan jumlah yang disumbangkan.

NONE Bangunan baru Malaysiakini, yang dinamakan @KINI - terletak di Seksyen 51, Petaling Jaya - yang keluasannya hampir dua kali ganda pejabatnya sekarang di Bangsar Utama. Ia juga akan menyediakan ruang untuk forum awam, latihan dan pameran.

Bangunan baru juga akan menempatkan pusat siaran web secara langsung yang pertama di Malaysia, bagi membolehkan acara awam disiarkan melalui Internet, dan memberi peluang kepada penonton di rumah turut berinteraksi dalam forum.

Menurut pengurus projek Malaysiakini , Lynn D' Cruz , sambutan terhadap kempen 'Buy a Brick' itu begitu amat menggalakkan.

"Apabila kami melancarkannya, saya tidak sangka bahawa Malaysiakini mempunyai penyokong yang begitu ramai. Malah ada ada yang datang sendiri ke pejabat dan menawarkan bantuan, bukan sahaja dalam bentuk wang tunai tetapi juga dalam bentuk barangan," katanya.

"Sokongan sejak enam hari lepas telah melepasi jangkaan kami. Kami mempunyai 54 hari lagi untuk mencapai jumlah sasaran kutipan, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada warga Malaysiakini, yang antara lain, telah mengukir nama mereka pada bata tersebut."

Untuk membeli bata berkenaan, sila layari building.malaysiakini.com.

'Majlis Makan Malam bersama Ambiga 'laman Facebook'

[Baca berita penuh]