Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar enggan mengulas kenyataan bekas bosnya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa sempadan pilihan raya sengaja diubah supaya orang Melayu kekal berkuasa.

constituencies delineation forum 080613 wan ahmad Bagaimanapun, Wan Ahmad (kiri), yang merupakan setiausaha

SPR semasa persempadanan semula terakhir dijalankan pada tahun 2002, menegaskan bahawa pihak urusesia sekadar menerima arahan dari suruhanjaya tujuh anggota itu, yang diketuai oleh Abdul Rashid.

Dalam SPR, katanya, anggota (suruhanjaya) itulah yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab, manakala setiausaha dan para pegawainya hanya melaksanakan perkara yang diputuskan (oleh mereka) .

Pada tahun 2002, katanya kepada Malaysiakini , beliau merupakan setiausaha SPR, dan bukan dalam kedudukan untuk berbuat apa-apa yang lain, dan beliau hanya melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Abdul Rashid sebagai pengerusi pada masa itu.

Wan Omar, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut, terutamanya mengenai apa yang dilaporkan dikatakan oleh Abdul Rashid itu kerana beliau (Wan Omar) belum membaca laporan tersebut.

[Baca berita penuh]