Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jika sebelum ini dua karyanya diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kali ini pengarang terkenal Faisal Tehrani memaklumkan tiga lagi bukunya turut berhadapan tindakan sama selepas dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Bezanya kali ini, pemenang Anugerah Seni Negara tahun 2006 itu mengetahui perkara tersebut melalui sepucuk surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

NONE "Pengharaman tersebut merentasi semua genre sastera iaitu dua buah novel Perempuan Nan Bercinta dan Sebongkah Batu di Kuala Berang ; kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu , drama pentas Karbala dan kumpulan puisi Ingin Jadi Nasrallah ," katanya.

Menurutnya, beliau menyerahkan penilaian tentang perkara itu kepada pembaca walaupun di pihaknya ia jelas satu "pembulian" pihak berkuasa terhadapnya.

"Saya menyerahkan kepada pembaca-pembaca saya untuk menilai karya-karya saya tersebut. Adalah jelas ini satu pembulian," katanya dalam kenyataan

Tambahnya, surat daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran itu turut menjemputnya hadir ke mesyuarat bagi "membincangkan penerbitan karyanya" di Putrajaya, pada 9 Disember depan.

Sebongkah Batu di Kuala Berang Faisal berkata beliau akan mendapatkan pandangan peguamnya tentang perkara itu.

"Apakah yang ingin dicapai dari mesyuarat itu kelak sangat tidak jelas pada saya," katanya.

Menurutnya lagi, beliau telah mengadukan perkara itu kepada NGO antarabangsa hak asasi manusia, Front Line Defenders serta pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sebongkah Batu di Kuala Berang diperakukan haram tahun lalu manakala Perempuan Nan Bercinta pada baru-baru ini dalam majlis ceramah agama yang dihadiri isteri perdana menteri Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Manakala pengharaman baru tiga lagi buku oleh Jakim itu belum pernah diumumkan secara terbuka.

ADS