BERITA

Anwar ulangi kesediaan Pakatan berdialog dengan BN

Diterbitkan
Dikemaskini 6 Dis 2013, 4:04 pagi

Pakatan Rakyat mengulangi kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan BN seiring dengan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno semalam.

Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan, pada 19 September lalu, pernah menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan BN itu.

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

"Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru," tambahnya.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.