mk-logo
Berita
Siling Hospital Serdang runtuh lagi kali ke-7
Diterbitkan:  Dec 10, 2013 3:30 AM
Dikemaskini: 5:25 AM

Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.

NONELaporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.

Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.

Berdasarkan laporan harian itu juga, ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai berpindah ke kuarters lain atau atau menyewa di luar.

Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali siling di hospital itu runtuh.

Dalam insiden sebelum ini, hampir 10 keping siling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, berhampiran kaunter jururawat.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini