Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid hari ini kecewa dan berang dengan gelaran "nenek rasis" (racist grandmother) yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadapnya.

Gelaran bermula apabila Jahara mempersoalkan tindakan "pilih kasih" Lim itu berhubung tindakan terpilih berasaskan kaum terhadap perniagaan haram.

NONEJahara menuntut Lim memohon maaf berhubungan kenyataan yang dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kerana merendahkan martabatnya sendiri sebagai ketua menteri.

Dalam sidang akhbar di DUN hari ini, Jahara berkata, kenyataan Lim itu menghinanya sebagai nenek dan semua golongan itu.

Katanya, sebagai ketua menteri, Lim tidak harus bercakap sedemikian kerana setiap orang perlu diberi hak bersuara.

Lebih-lebih lagi memandangkan kedudukannya sebagai ketua pembangkang, tambahnya, beliau harus dibenarkan menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat.

"Seolah-olah dia (Lim) tidak boleh dikritik langsung," katanya.

Beliau juga menyifatkan Lim sebagai "seksis" dan merasakan dirinya berada di atas semua orang.

Jahara dalam DUN semalam mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina yang berniaga secara haram sepanjang Pantai Bersih, Butterworth.

Dalam sidang media di bangunan dewan, Lim kemudiannya berkata, beliau sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek yang biasa tetapi beliau kemudiannya menjadi "nenek yang rasis dan tidak munasabah".

"Dia tidak sebut terdapat lebih dari empat gerai Melayu juga di sepanjang Pantai Bersih," katanya.

[Baca berita penuh]