Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Maaf untuk 'nenek', tapi kamu tetap rasis
Diterbitkan:  Dec 10, 2013 5:19 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Jahara Hamid kerana menggelar ketua pembangkang negeri itu sebagai "nenek".

Bagaimanapun, kata Lim, beliau akan tetap menggelar pemimpin Umno itu sebagai rasis.

NONE Ini kerana, kata setiausaha agung DAP itu, Jahara ( kiri ) bertindak menyemarakkan api perkauman dan agama dalam kenyataannya berhubung nama Pulau Jerjak dan tindakan terhadap pengusaha di Pantai Bersih, Butterworth.

"Seandainya ketua pembangkang DUN Pulau Pinang terasa hati secara peribadi kerana saya memanggilnya seorang nenek yang rasis kerana ia terkait dengan gendernya, maka saya akan memanggilnya seorang rasis sahaja," katanya.

Dalam kenyataannya daripada Komtar, Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, Jahara berbohong apabila mendakwa beliau meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazhu (seorang dewa Cina) kerana meluluskan tokong Mazhu.

"Pembohongan ini memainkan sentimen agama sedangkan Pulau Mazhu ini tidak wujud pun," katanya.

Sementara itu, dalam itu Pulau Bersih pula, Lim berkata, Jahara sengaja tidak menyebut bahawa tiada tindakan diambil terhadap lebih 4 pengusaha gerai Melayu tanpa lesen dalam kawasan itu.

"Jelas sekali tidak wujud pilih kasih seperti yang didakwa," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS