Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Spad: Semakan tambang mungkin 3-6 bulan lagi
Diterbitkan:  Dec 11, 2013 5:01 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menyatakan bahawa bahawa badan itu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan kepada operator perkhidmatan awam untuk menaikkan harga tambang, susulan kenaikan tarif elektrik.

Kajian untuk menyemak semula harga tambang bas dan teksi itu difahamkan sedang berlangsung dan akan siap menjelang suku pertama tahun depan.

Spad juga difahamkan baru sahaja mempertimbangkan kenaikan harga tambang untuk sistem LRT dan perkhidmatan tren KTM.

Ini bermakna, keputusan itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan lalu.

"Mungkin ada kenaikan tahun depan tetapi kuantumnya masih belum ditetapkan. Kita perlu memastikan agar perbincangan dilakukan dengan semua pengendali dan membuat kajian terperinci sebelum membuat keputusan mengenai apa-apa perubahan harga tambang,” kata seorang jurucakap Spad yang enggan dinamakan.

Kenyataan jurucakap tersebut selari dengan pandangan pengerusi suruhanjaya berkenaan, Tan Sri Syed Hamid Albar yang dilaporkan berkata, Spad akan mencari penyelesaian menang-menang dalam menangani isu kenaikan harga itu.

Katanya, langkah itu bagi memastikan kos pengangkutan awam itu mampu ditanggung oleh pengguna dan juga kelestarian industri pengangkutan rel.

Menurut Spad, tambang bagi pengangkutan LRT dan monorel tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS