Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Dalam kenyataan yang dibacakan hari ini, Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

kdn pc on mat sabu 121213"Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mohamad Sabu pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada tahun 2005," kata Abdul Rahim.

Abdul Rahim berkata Mohamad juga pernah menyatakan kekagumannya dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatullah Khomeini serta memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.

NONE "Ketika mengulas mengenai perutusan hari Krismas pada tahun 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, beliau telah menggunakan pendekatan ulama Syiah iaitu Imam Khomeini (kiri) sebagai terma tujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan," kata beliau.

Dalam kenyataan lima muka itu, Abduk Rahim turut memetik portal Antarapos dan blog www.dukeofumno.blogspot.com sebagai bukti Mohamad terlibat dalam Syiah.

Abdul Rahim berkata KDN mengambil sumber blog bertajuk "Ekslusif..!! Tok Guru Pondok Sahkan Mat Sabu Penganut Syiah" yang memetik seorang bernama 'Tuan Guru Haji Abd Rahim" dari Sg Jagung, Pendang, Kedah yang berkata pernah melihat Mohamad menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

"Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah.

"Temuramah yang dibuat agensi berita AntaraPos dengan Datuk Audit Ghazali, Timbalan Presiden JATI menjelaskan bahawa Mohamad Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah," kata Abdul Rahim.

Kunjungi masjid Syiah

Selain itu, Mohamad juga dikatakan pernah mengunjungi masjid Syiah di Kg Aluar, Wilayah Satun, Thailand dan melakukan kunjungan mesra ke atas pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.

Beliau turut memberitahu media temuramah KDN dengan rakan Mohamad bernama CN Afghani di Masjid Jamek Kuala Lumpur tahun lalu serta bekas pemimpin politik yang pernah bersama beliau dalam perjuangan parti menunjukkan Mohamad 'cenderung' dengan fahaman tersebut.

"Keterangan dari rakan-rakan beliau yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sana turut memperakui bahawa beliau seorang yang mempunyai kaitan dengan Syiah," kata beliau.

azlanAbdul Rahim mengatakan KDN termasuk polis serta agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam negeri akan bekerjasama membendung pengaruh Syiah di kalangan umat Islam negara ini.

Bagaimanapun beliau langsung tidak memberi langkah lanjut yang akan dibuat KDN atau pihak lain berkenaan kes Mohamad malah menamatkan sidang media tanpa mengambil sebarang soalan.

"KDN akan bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan manakala Jakim dan jabatan agama Islam negeri akan melihat dari aspek akidah dan penguatkuasaan di peringkat negeri," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS