Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN sekat M'kini buat liputan isu Syiah
Diterbitkan:  Dec 12, 2013 5:31 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Malaysiakini hari ini disekat daripada membuat liputan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya berhubung pendedahan isu Syiah melibatkan pemimpin Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

NONEWartawan Malaysiakini serta kiniTV yang hadir ke Kompleks D1, Putrajaya hari ini diminta agar tidak naik ke sesi taklimat dan sidang media oleh ketua setiausaha KDN petang ini dengan alasan arahan menteri.

Penyambut tetamu di lobi pintu masuk KDN berkata, larangan ke atas Malaysiakini bermula sejak Datuk Seri Abdul Zahid Hamidi memegang jawatan berkenaan.

Malaysiakini juga tidak dibenarkan membuat liputan di Kementerian Pertahanan pada zaman pentadbiran Ahmad Zahid di situ sebelum ini.

NONEIni sama sekali berbeza dengan zaman jawatan menteri dalam negeri dipegang Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Malaysiakini malah dibenarkan membuat liputan program di Kementerian Pertahanan yang dipegang Hishamuddin selepas pilihan raya umum lalu.

Zahid, ahli Parlimen Bagan Datoh dan naib presiden Umno itu juga dilihat beberapa kali 'berseteru' dengan portal ini termasuk memberi 'amaran' kepada wartawan Lawrence Yong untuk tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dalam sidang media dua bulan lepas.

Sebelum ini, seorang wartawan meja bahasa Cina Malaysiakini turut dihalang dari membuat liputan di bangunan ini.

Sidang media dijadualkan berlangsung pada jam 2:45 petang tadi bertujuan memberi maklumat mengenai dakwaan isu Syiah pemimpin nombor dua PAS, yang didedahkan Zahid dalam ucapan penggulungan beliau di Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS