Isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, hanya kerana dendam politik bagi ‘memerangkap' pemimpin serta parti itu semata-mata, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul am PAS itu mendakwa, dibangkitkan untuk memburukkan imej parti Islam itu di mata umum, pemimpin Umno sanggup membuat dakyah baru, lapor Harakahdaily.

"Sekiranya pemimpin Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap," beliau dipetik sebagai berkata di Kota Bharu semalam.

Bekas menteri besar Kelantan itu juga berkata, Umno tiada ‘modal baru' untuk menarik sokongan, sebaliknya ‘memerangkap' orang nombor dua PAS Mohamad Sabu.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu itu di samping tindakan undang-undang yang bakal diambil olehnya.