Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
'Saya tak kelahi peribadi dengan Zahid Hamidi'

Walaupun dituduh bertubi-tubi sebagai penganut mazhab Syiah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak menganggap serangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

itu sebagai bersifat peribadi terhadap dirinya.

Menurutnya, beliau tetap mesra dengan pemimpin-pemimpin Umno walaupun berbeza fahaman politik.

NONE"Saya tak ada bergaduh personal, saya kalau jumpa mereka rapat semua termasuk yang paling kuat saya serang dahulu, Tan Sri Muhamad Mohd Taib (bekas menteri besar Selangor). Sekarang dia kawan baik.

"Macam Zahid Hamidi juga, tiada apa-apa personal dengan dia, kita berlawan atas dasar perkara-perkara tertentu dan bukan berkelahi atas perkara peribadi dan sebagainya," katanya dalam wawancara khas bersama beberapa media atas talian, termasuk Malaysiakini malam tadi.

Bercakap dalam wawancara kelolaan Radio Bangsar Utama di ibu negara, Mohamad juga menegaskan, persoalan tentang kedudukan Syiah sebagai mazhab dalam Islam sepatutnya dibincangkan golongan ilmuwan.

"Memanglah majlis agama Islam menjaga agama dan sebagainya tetapi perbincangan hal-hal mazhab ini biarlah di kalangan tokoh-tokoh ulama berbincang.

"Jangan dibiarkan ia dipercakapkan secara begitu mudah terutamanya soal-soal teologi yang perlu pengkajian dan sebagainya," katanya sewaktu diminta mengulas tentang tuduhan itu.

Ditanya tentang sotong

Dalam program sama semalam, Mat Sabu turut diajukan soalan 'nakal' penonton di studio tentang dua perkara yang sering dikaitkan dengan Syiah.

NONEMat Sabu ditanya sama ada beliau memakan sotong dan ikan tidak bersisik - yang menjadi amalan pemakanan pengamal Syiah berdasarkan pegangan fikah mereka.

Beliau juga ditanya tentang sikapnya terhadap kedudukan sahabat Nabi Muhamad, Abu Bakar Al-Siddiq dan Omar Abdul Khatab sebagai imam - dua tokoh Islam yang lazimnya ditolak oleh pengamal Syiah sebagai khalifah yang sah.

Mat Sabu sebaliknya hanya berkata: "Semua jawapan ini dalam mahkamah, saya tak mahu jawab sekarang".

Mohamad sudah mengumumkan akan menyaman Zahid berhubung dakwaan itu.