MCA: Kemerosotan populariti PM hanya sementara
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin bahawa kemerosotan populariti Datuk Seri Najib Razak, yang menjunam 10 mata seperti yang ditunjukkan dari hasil tinjauan Merdeka Center, hanyalah satu keadaan sementara.
"Pada masa akan datang Perdana Menteri akan mengambil lebih banyak langkah untuk menggerakkan ekonomi dan negara ke hadapan," kata Liow.
Beliau juga yakin bahawa perdana menteri sebenarnya telah berjaya meningkatkan ekonomi selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Namun semakan semula subsidi tersebut memberi kesan besar kepada penguna, katanya.
Tambahnya, kerajaan tetap mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan rakyat tergolong dalam kelompok miskin dan kelas menengah dapat dilindungi.
Liow berkata demikian ketika ditanya mengenai data didedahkan Merdeka Center, yang menunjukkan populariti Najib di tahap paling rendah dalam masa empat tahun.

