Pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban mengancam untuk 'menutup' Bangkok pada hari pilihan raya umum 2 Feb ini.

"Saya percaya penduduk Bangkok tidak boleh pergi mengundi pada pilihan raya ini kerana saya akan menutup Bangkok. Menutup Bangkok bukan untuk mengganggu  pilihan raya tetapi untuk menjatuhkan Yingluck Shinawatra," katanya kepada penyokongnya di Stadium Belia Thai-Jepun tengah hari tadi.

Beliau dan penyokongnya cuba untuk menjejaskan hari pertama pendaftaran di stadium itu dan balai polis Dindaeng, yang bermula semalam.

Namun Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck berupaya mendaftar calon mereka semalam dengan beliau yang kini selaku perdana menteri sementara mengetuai senarai calon partinya.

Jumaat ini merupakan hari terakhir untuk pendaftaran calon.

- Bernama