Ia akan menjadi satu kesalahan bagi penjawat awam memiliki kemewahan di luar kemampuan mereka, jika cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenainya dibentangkan dan dimasukkan ke dalam Akta SPRM.
Menurut Timbalan Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM, Han Chee Rull, cadangan itu selaras dengan undang-undang anti-rasuah di Hong Kong yang menjadikannya satu kesalahan bagi seorang pegawai awam hidup di luar kemampuannya.
SPRM juga telah mencadangkan perubahan kepada undang-undang untuk menjadi kecuaian seseorang pegawai awam sehingga mengakibatkan pembaziran wang awam, seperti kes dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai satu kesalahan.
Di Hong Kong, katanya, ia bukan kesalahan jika seorang pegawai awam mengekalkan taraf hidup yang setimpal dengan sumber pendapatan yang diketahui.
Tetapi jika dia tidak dapat memberikan alasan yang memuaskan kepada mahkamah, ia menjadi satu kesalahan, dan SPRM sedang cuba untuk mempunyai peruntukan itu dalam undang-undang, kata Hall malam tadi.
Ini boleh dilakukan dalam pakej pindaan yang kerajaan mungkin bentangkan di sidang Dewan Rakyat, seperti yang dijangkakan oleh Pakatan Rakyat.
Bercakap dalam forum anjuran Malaysiakini mengenai kuasa dan rasuah, Han bagaimanapun, berkata beliau secara peribadi memandang berat apa yang akan berlaku jika peruntukan ini dimasuk ke dalam undang-undang.
"Mengetahui senario di Malaysia, kita tidak mahu orang ramai datang ke pejabat SPRM dan berkata 'orang itu ada lima kereta Mercedes Benz' .
"Kita mungkin perlu menyiasat kes-kes seperti ini, tetapi itu pandangan peribadi saya, bukan SPRM," katanya.
Pengalaman buruk
Sepertimana yang ada sekarang, katanya, SPRM tidak boleh hanya meminta seseorang mengisytiharkan hartanya atas dasar kekayaan yang melampau tanpa "sebab untuk mempercayai" bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.
"Seseorang pegawai yang berpangkat pesuruhjaya dalam SPRM perlu mempunyai sebab untuk mempercayai (bahawa suatu kesalahan telah dilakukan) berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan, bahawa harta yang diperolehi atau dimiliki ada kaitan dengan kesalahan itu.
"Kemudian kami boleh meminta orang itu membuat perisytiharan," katanya.
Bgaimanapun, katanya, SPRM sangat berhati-hati dalam perkara itu disebabkan oleh 'pengalaman buruk' di mahkamah berkaitan pengisytiharan harta dalam kes peguam Rosli Dahlan dan bekas pegawai tinggi polis, Datuk Ramli Yusuff.
"Mahkamah berpendapat bahawa adalah salah untuk meminta orang ramai mengisytiharkan harta jikatidak dapat ditunjukkan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan," tegasnya.
Timbalan pendakwa raya, tambahnya, telah diasak di mahkamah kenapa notis diberikan sedangkan siasatan masih dijalankan dan tidak ada bukti yang harta itu ada kaitan dengan sesuatu kesalahan.
"Undang-undang perlu dipinda," katanya di forum tersebut di majlis pelancaran pelancaran Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) di ibunegara semalam.
Beliau menjelas demikian dalam respons kepada bekas pengerusi NGO BERSIH, Datuk S Ambiga yang mempersoalkan mengapa SPRM tidak memaksa pengisytiharan harta dibuat dalam kes-kes berprofil tinggi.
