NGO ke SPRM jika UDA gagal perjelas isu tapak
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan meminta Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA Holding Berhad menyiasat satu lot tanah UDA di Bangsar yang pernah menjadi tapak peniaga Melayu sebelum diusir.
"Peniaga Melayu yang telah lama berniaga diusir dengan alasan untuk memberi laluan pembinaan bangunan restoren di tapak tersebut," kata Pengarah JMM, Faizan Mohd Nor.
"Kita meminta Pengerusi UDA, Datuk Johari Abdul Ghani buat siasatan secara terperinci supaya kembali kepada landasan asal penubuhannya di bawah Akta Pembangunan Bandar," katanya dalam sidang media semalam.
Faizan menuntut Johari memberikan penjelasan itu dalam masa seminggu sebelum perkara tersebut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Faizan juga memberi amaran akan mengadakan perhimpunan bantahan, sekiranya perkara itu masih tidak mendapat perhatian UDA.
"Kita beri masa 7 hari kepada UDA untuk membuat siasatan dan memberikan penjelasan kepada kita.
"Sekiranya dalam masa itu kita tidak terima sebarang jawapan, baru kita ke SPRM Jumaat depan.
Faiz
an turut mendesak UDA kembali ke landasan asal penubuhannya untuk membangunkan usahawan bumiputera supaya lebih berdaya saing dan mengukuhkan modal insan bumiputera di kawasan bandar.
"JMM mendesak supaya dikembalikan hak keistimewaan orang Melayu dengan beri peluang mendirikan perniagaan di Kompleks perniagaan di bawah UDA," katanya.
Beliau juga menunjukkan tapak terbabit dan media turut dimaklumkan bahawa kerja pembinaan itui dilakukan sejak awal bulan Febuari untuk membina sebuah restoran di situ.