Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jakim: Kajian kandungan batik sedang dijalankan

Kajian terperinci mengenai kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam pembuatan batik sutera sedang dijalankan oleh Panel Pakar Syariah (PPS) dan pakar tekstil setelah diarahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF).

    

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kajian terperinci sedang dijalankan dan akan dikemukakan kepada MJKF untuk diputuskan.

Jakim sebelum ini juga pernah mengadakan perbincangan dengan Kompleks Kraftangan bagi mendapatkan penjelasan berhubung proses dalam penghasilan pelbagai jenis batik di Malaysia, katanya dalam kenyataan hari ini.

    

Hasil perbincangan itu juga akan memudahkan kajian terperinci berhubung penentuan hukum dalam isu pemakaian batik sutera ini, kata Othman.

    

"Suka Jakim mengingatkan dan memaklumkan bahawa sesuatu hukum yang hendak diputuskan tidak boleh dibuat melalui pandangan secara rambang dan mudah tetapi memerlukan kajian yang teliti dan bersungguh-sungguh," katanya.

    

Semalam aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Syeikh Abd Kareem S Khadaied menggesa pengusaha batik Malaysia supaya melabelkan kandungan kain batik sutera mereka untuk menentukan ketulenannya bagi membolehkan lelaki Islam memakai pakaian yang diperbuat daripada kain itu.

    

Syeikh Abd Kareem berkata hasil kajian PPIM mendapati hampir 90 peratus pasaran batik sutera di Malaysia diperbuat daripada sutera tulen dan kaum lelaki Islam diharamkan memakai sutera tulen.

    

- Bernama

PPIM: Kenapa mufti pun pakai sutera?

ADS