Berita Malaysiakini

Karpal didenda RM4,000 kerana menghasut

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Peguam kanan Karpal Singh didenda RM4,000 atas kesalahan menghasut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Azman Abdullah berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti fakta kes dan kepentingan awam, termasuk keadaan kesihatan Karpal.

Pada 21 Februari, Karpal didapati bersalah mengeluarkan kenyatan menghasut bahawa tindakan boleh diambil terhadap Sultan Perak ekoran pertukaran Mohd Nizar Jamaluddin ( kiri ) sebagai menteri besar pada 2009.

Seksyen 4 Akta Hasutan memperuntukkan maksimum denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

[Baca berita penuh]