Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MH370 dikesan di ruang udara Selat Melaka
Diterbitkan:  Mar 11, 2014 4:50 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Pencarian pesawat MAS penerbangan MH307 diperluas ke perairan Sumatera, utara Selat Melaka selepas radar tentera mengesan isyarat yang mungkin berpunca dari pesawat berkenaan di kawasan sekitar Pulau Perak.

Satu laporan Berita Harian menyebut, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan bahawa pesawat itu mungkin berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura turut menerima isyarat bahawa pesawat tersebut berpatah balik dan tiba-tiba terbang rendah dari ketinggian 10,000 meter ke 1,000 meter.

Ia seterusnya menyebut panglima TUDM Datuk Seri Rodzali Daud mengesahkan bahawa pengkalan udara Butterworth mengesan isyarat bahawa pesawat tersebut berpatah balik ke laluan asalnya.

Pesawat itu dilaporkan melalui Kota Bharu, Kelantan, dan ruang udara Pantai Timur dan Utara.

“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka pada jam 2.40 pagi, Sabtu lalu, oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.

Akhbar itu seterusnya melaporkan, penduduk dalam laporan polis mendakwa melihat "kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah" di Kota Bharu, Kelantan.

ADS