Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah: Jangan sebar berita palsu MH370
Diterbitkan:  Mar 14, 2014 9:40 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyeru semua pihak supaya tidak memanipulasikan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan menyebarkan berita palsu.

Khutbah itu memohon supaya semua pihak bertenang dan bersabar dengan setiap ujian yang melanda kerana ada hikmah di sebaliknya.

"Justeru, semua pihak berkewajipan supaya tenang dan tidak mengambil kesempatan dalam suasana ini untuk memanipulasi keadaan dengan menyebarkan berita palsu sama ada melalui media massa, media cetak, internet dan sebagainya."  

Khutbah itu mengimbas kembali kisah Nabi Ayub AS yang mengharungi kehilangan semua anaknya, kehabisan semua hartanya, dijangkiti penyakit, dan ditinggalkan kaum kerabat serta isterinya sendiri.

Namun, tegasnya, Nabi Ayub tetap mengharungi kehidupan dengan penuh sabar dan tenang kerana yakin dengan takdir Allah.

Khutbah itu juga menegaskan bahawa ujian itu satu bentuk kasih sayang Allah agar manusia kembali ke jalanNya.

Ia juga meminta dilakukan solat hajat dan berdoa supaya insiden tersebut diatasi dengan baik.

ADS