Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat berpatah balik disahkan MH370
Diterbitkan:  Mar 15, 2014 3:37 PM
Dikemaskini: 12:13 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.

Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut kini masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukan haluan pesawat berkenaan.

“Pasukan penyiasat sedang membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu mungkin terbang selepas lokasi terakhir ini.

“Berdasarkan data baru, isyarat terakhir di antara pesawat dan satelit tersebut pada jam 8.11 pagi waktu Malaysia pada hari Sabtu 8 Mac,” katanya dalam satu sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya ia adalah berdasarkan data yang diselidik oleh pihak berkuasa Malaysia dan juga tenaga pakar antarabangsa yang bekerjasama untuk tujuan terssebut.

“Hari ini, berdasarkan data satelit yang diperolehi daripada saletit dan penyedia perkhidmatan, kami boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data utama (tentera).

“Selepas kerja-kerja forensik dan pertimbangan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia yang membuat kajian berasingan berdasarkan data yang sama, bersetuju demikian,” katanya.

Najib juga mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa sistem komunikasi pesawat berkenaan dimatikan secara sengaja, satu demi satu.

Pergerakan pesawatyang dikesan oleh radar tentera juga menunjukkan ia adalah hasil tindakan seseorang di dalam pesawat, kata Najib.

"Berdasarkan komunikasi satelit baru, kami boleh katakan dengan tahap keyakinan tinggi bahawa sistem ACARS dimatikan sebelum pesawat tiba ke pantai timur Malaysia,” kata Najib ketika mencerita semula rentetan kejadian pada awal pagi 8 Mac.

Sejurus kemudian, alat transponder yang menentukan kedudukan pesawat itu pula dimatikan, kata Najib yang menceritakan semula rentetan peristiwa pada hari tersebut.

Seterusnya, radar Tentera Udara Diraja Malaysia mengesan pesawat berkenaan membuat berpatah balik dan kemudiannya menukar arah ke barat merentasi Semenanjung Malaysia. Setelah itu, pesawat berkenaan dikesan meneruskan perjalanan ke timur laut.

Mengulas mengenai laporan didakwa mengesahkan MH370 dirampas, Najib berkata beliau maklum dengan laporan media.

"Namun kita masih menyiasat semua kemungkinan mengenai apa yang menyebabkan MH370 melencong dari laluan penerbangan asalnya," kata Najib.

Berdasarkan perkembangan ini juga, siasatan kini ditumpukan

semula ke atas anak kapal dan penumpang, katanya dalam sidang media di bangunan hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya, pencarian diteruskan di dua koridor. Pertama: Dari utara Thailand hingga ke Kazakhstan. Kedua: Dari Indonesia ke Lautan Hindi.

Operasi di Laut China Selatan dihentikan dan pihak berkuasa sedang menilai semula usaha untuk menugaskan semula aset yang digunakan untuk mencari dan menyelamat, katanya.

ADS