BERITA

Kemalangan: Produk Lynas bertabur atas jalan

Lee Long Hui

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Mac 2014, 2:43 tengahari

Satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas, mengakibatkan ia bertabur atas jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, Pahang, pagi ini dan ditutup kepada lalulintas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata pihak

berkuasa menerima laporan mengenainya pada jam 9 pagi ini dan ia berlaku di kilometer 149 jalan tersebut berhampiran Lanchang.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, beliau berkata lori itu membawa 15 bekas berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride, dan 13 daripadanya bertaburan di atas jalan raya.

Beliau berkata, empat daripadanya pecah dan menyebabkan cecair kimia tumpah ke atas tanah.

Apabila ditanya sama ada cecair kimia itu dianggap berbahaya,  Abdul Aziz berkata ia adalah "tidak begitu berbahaya" tetapi akan berasa gatal jika menyentuhnya.

Katanya lagi, cecair itu tidak boleh masuk ke dalam air dan jika ia masuk ke dalam sungai, ikan di dalamnya mungkin mati, tetapi menurutnya tidak ada sungai di situ.

Beliau berkata tempat itu dineutralkan oleh sepasukan pakar dari Lynas dan juga Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Abdul Aziz berkata, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kecuaian pemandu yang tidak mengikat dengan baik barang-barang tersebut.

Katanya, pihak polis akan menyiasat kes itu mengikut peraturan 19 Peraturan Lalulintas 1959 (barang muatan jatuh dari kenderaan).

Bagaimanapun, pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas

Malaysia, Amin Abdullah menegaskan bahawa produk nadir bumi itu selamat dan tiada radioaktif.

"Kami tidak tahu sama ada pemandu itu memandu laju atau sebab-sebab lain," katanya sambil menambah kemalangan yang berlaku pagi ini tidak mengakibat kecederaan atau maut.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Amin berkata, produk tersebut tidak berbahaya dan ianya disahkan selamat untuk diangkut ke luar negara dan semua sijil ada.

Ketika diminta mengulas kenyataan polis bahawa cecair itu boleh membunuh ikan, Amin enggan mengulas kerana beliau mendakwa tidak mempunyai maklumat tersebut.

"Jika anda berkata produk ini akan menyebabkan kegatalan pada kulit manusia, maka seseorang yang sensitif juga akan berasa gatal selepas mereka makan udang," katanya.

Menurut Amin, lori itu membawa produk tersebut dari loji Lynas di zon perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ke Pelabuhan Klang untuk dieksport kepada pelanggan luar negeri.

Beliau juga menerangkan bahawa ia bukan merupakan hasil akhir kerana pelanggan mereka perlu memprosesnya semula.

Tambahnya, lori itu bukan milik Lynas tetapi dari sebuah syarikat pengangkutan dan pasukan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar telah dihantar ke tempat kejadian untuk membersihkan cecair tersebut.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.