Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Nabi pernah beri hak jagaan pada ibu bukan Islam

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Dalam Islam, selain faktor agama, pemberian hak jagaan anak yang menjadi rebutan ibu bapa yang berbeza agama kadang kala dibuat berdasarkan kecenderungan anak itu sendiri.

Pendakwa bebas Wan Ji Wan Hussin berkata, berbeza dengan mazhab syafiiyah dan Hanabilah, dua lagi mazhab utama Hanafiyyah dan Malikiyyah berpandangan hak penjagaan berasaskan kasih sayang, bukan agama.

Pandangan itu merujuk kepada hadis yang merakam kes perebutan hak jagaan anak belum baligh – Salamah al-Ansar – di zaman Nabi Muhammad melibatkan bapa yang memeluk Islam dan isterinya bukan Islam.

“Perkara ini diselesaikan di hadapan Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW meletakkan anak tersebut di tengah-tengah antara kedua-dua ibu yang tidak muslim dan bapanya yang muslim untuk memberikan anak itu membuat pilihan,” kata Wan Ji.

Lalu, kata Wan Ji yang juga bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS lagi, anak itu memilih ibunya yang bukan Islam dan Nabi Muhammad pun menetapkan keputusan itu dan hanya berdoa supaya Allah memberikannya hidayah.

Wan Ji menyatakan perkara itu di laman Facebook beliau ketika kehangatan kes perebutan anak di Negeri Sembilan melibatkan seorang ibu Hindu S Deepa dan bekas suami mualafnya Izwan Abdullah.