BERITA

Takziah mencurah-curah buat keluarga Karpal

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Apr 2014, 9:14 pagi

Ramai nyata bersedih dengan kematian mengejut tokoh DAP Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Pejabat organisasi media juga tidak henti-henti menerima ucapan takziah buat keluarga mendiang.
Berikut antara reaksi segera terhadap pemergian veteran politik itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Timbalan perdana menteri 
"Takziah untuk keluarga mendiang YB Karpal Singh. Semoga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan ini.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketua pembangkang 

"Kita telah kehilangan seorang sahabat, seorang pejuang yang tidak mengenal penat lelah dalam memperjuangkan keadilan; Karpal Singh seorang legenda! Kami mengucapkan takziah kepada keluarganya."

Lim Kit Siang ‏
Pemimpin popular DAP
“Saya selamat dalam perjalanan ke Semporna. Tetapi Karpal tidak. Seluruh rakyat Malaysia bersedih atas kehilangan Karpal.

"Negara kehilangan rakyat Malaysia yang hebat.”

Datuk Nik Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS 

“Saya berharap anggota keluarganya bersabar.

Mati sesuatu yang wajib bagi setiap manusia. Yang menghidupkan juga Allah.”

Tun Arifin Zakaria
Ketua hakim negara
"Karpal sentiasa menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada para hakim.

"Sumbangan besar beliau dalam pembangunan perundangan tidak dapat disangkal dan pencarian tanpa henti beliau untuk keadilan akan dikenang selamanya serta akan terus memberi inspirasi kepada pengamal undang-undang."

Lim Guan Eng

Ketua menteri Pulau Pinang 
“Kami pasti akan sungguh rindukannya, seluruh anggota parti dan rakyat jelata.

"Air mata yang dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia menjadi penghormatan terbesar buat Karpal.” 

Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Menteri pertahanan
"Ucapan takziah kepada keluarga Anggota Parlimen YB Karpal Singh atas pemergiannya.

"Ingatan dan doa bersama anda dalam waktu yang sukar ini.”

Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
Presiden PAS
"Mendiang adalah seorang bapa, kawan, ahli politik veteran dan seorang peguam yang tidak berhenti dari memperjuangkan keadilan dan prinsip rule of law itu sendiri.”

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden PKR

Ucapan takziah kepada keluarga Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini.

"Beliau dikenali sebagai seorang pejuang keadilan yang telah meletakkan namanya sebagai seorang yang mewakili dan membela rakyat.

Semoga keluarga beliau banyak-banyak bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Malaysia telah kehilangan seorang pejuang rakyat.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 
Ketua Wanita Umno 
"RIP (bersemadilah dengan tenang) YB Karpal Singh. Takziah kepada keluarga mendiang  dari saya sekeluarga dan Wanita BN.

Datuk Seri Liow Tiong Lai 
Presiden MCA 
"Kami benar-benar sedih dengan berita kematian mengejut Karpal Singh. Ucapan takziah kepada keluarga mendiang.”
Datuk Seri G Palanivel 
Presiden MIC 
"Tidak kiralah beliau mewakili pihak mana, mendiang merupakan seorang pemimpin yang bagus dan berkebolehan.”

The Centre For A Better Tomorrow (Cenbet)
"Kami ingin mengambil kesempatan untuk memberi ucapan takziah kepada keluarga YB Karpal Singh, seorang lelaki yang terkenal yang berdiri untuk Malaysia yang lebih baik.

"Kehilangan beliau akan dirindui.

Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda PAS 
“Hari ini jasadnya telah tiada ekoran kemalangan yang meragut nyawanya, namun sejarahnya tetap dibaca orang dan langkahnya sentiasa dikagumi dan diikuti oleh generasi muda seperjuangannya.
“DAP meninggalkan tokoh besar yang akan diingati dalam lipatan sejarah politik negara dan Karpal Singh adalah pencoret sejarah itu.”


Petikan turut dipetik dari kenyataan media, Bernama dan Harakahdaily .

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.