BERITA

Rosmah hos jamuan sambutan ISAM 2014

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Apr 2014, 3:24 pagi

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi hos jamuan malam sambutan peserta Seminar Antarabangsa mengenai Autisme 2014 (ISAM 2014) di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Jamuan dihadiri oleh Wanita Pertama Sri Lanka, Shiranti Wickramasinghe Rajapaksa; Wanita Pertama Republik Kyrgyz Dr Raisa Atambaeva; Wanita Pertama Albania Odeta Nishani; and Wanita Pertama Morocco Nabila Benkirane serta anak perempuan Perdana Menteri Bangladesh Saima Wazed Hossain.

Majlis turut diikuti oleh lebih 300 peserta tempatan dan antarabangsa seminar dua hari itu yang berakhir hari ini.

ISAM 2014 yang dirasmikan pembukaan pagi ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya adalah yang pertama seumpamanya dengan tema 'Autism Is Not A Tragedy, Ignorance Is' (Autisme Bukan Tragedi, Tetapi Kejahilan).

Dianjurkan oleh Program Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan badan bukan kerajaan 'Autism Speaks', menekankan pentingnya menyediakan program intervensi berkualiti tinggi untuk kanak-kanak autistik.

Pembentang kertas antarabangsa termasuk Prof Dr Eric Fomboune dari Oregon Health and Science University, Prof Dr Cheryl Dissanayake (La Trobe University, Australia) dan Dr Wu Ruth Yu Yu (Taipei Teachers University) di samping beberapa pakar autisme dari Malaysia.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan