Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tidak sah hukum kerana tiada notis berhimpun

Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Dengan ini, hukuman di mana penganjur berdepan dengan denda

RM10,000 diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.

Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.

Panel tersebut diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang berkata, tidak ada dalam Akta itu yang membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Dua lagi hakim ialah bekas Presiden Peguam Malaysia Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

ADS