Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR bidas IGP masih mahu notis 10 hari PAA
Diterbitkan:  Apr 26, 2014 3:30 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ', 'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah

Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut.

Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang

ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata,  Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan.

Surendran , yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman  PAA ) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini.

Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 ( 5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,.

Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang

itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan).

Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5),  maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata.

"Pemakluman kepadapihak  polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan.

Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan

 

[Baca berita penuh]

ADS