Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata Islam melarang sebarang usaha menggulingkan dan memburukkan kerajaan secara terbuka.
Beliau sekali gus menasihati rakyat harus taat kepada pemerintah melainkan kerajaan mengalakkan aktiviti-aktiviti maksiat.
Katanya, hukumnya haram mengguling serta memburukkan kerajaan sebegitu, lapor Berita Harian .
Abdul Rahman menegaskan kenyataan itu berdasarkan ijmak ulama, termasuklah ulama berpengaruh Mohammad Abdullah yang membuat keputusan berdasarkan lebih 100 hadis diriwayatkan Imam Nawawi, Imam Muslim dan Al-Bukhari.
“Harus diingatkan Islam menggalakkan supaya segala masalah atau perkara berbangkit diselesaikan secara baik antaranya menerusi perbincangan, bukannya memburuk-burukkan kerajaan.
“Ini bukan saya kata, kalau tidak percaya mereka boleh berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu.
“Mungkin akan ada pihak akan cakap mufti di Malaysia ini hendak cari makan bila buat kenyataan macam ini,” katanya.