Semasa mengumumkan pelaksanaan kanun penal syariah, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah menegaskan bagaimana kaya dan berkuasanya baginda, namun baginda masih kerdil di hadapan Allah, kata Datuk Zulkifli Noordin.
Bagaimanapun, bekas MP itu berkata terdapat mereka yang disifatkannya sebagai "hidup seperti di zaman kehaiwanan" yang menentang pelaksanaan hukum tersebut.
Menurut beliau mereka hidup "di zaman kehaiwanan", dengan seks bebas, kepercayaan kepada ketuhanan yang hampir luput; kadar jenayah yang sudah hampir di luar kawalan; dengan menyembah material menyebabkan kadar jenayah kolar putih makin meningkat.
Tulisan blog terbaru Zulkifli ini dibuat di tengah-tengah kehangatan perdebatan ketika PAS merancang untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Bagaimanapun bekas calon PKR dan BN itu mengehadkan komen beliau mengenai situasi di Brunei.
Beliau berkata Sultan Brunei melaksanakan hudud bukan kerana kadar jenayah di negaranya tidak terkawal, tetapi sebaliknya kerana baginda melakukannya kerana menurut perintah Allah.
Zulkifli turut merujuk kepada beberapa tokoh terkenal dunia seperti Richard Bronson, tuanpunya Virgin Air, pengendali penerbangan tambah murah, yang mahu memboikot semua hotel milik Brunei di London.
"Malahan, Kerajaan Amerika pimpinan Barack Obama menyatakan mereka prihatin dengan perlaksanaan Kanun Penal Syariah Brunei dan menganggapnya bercanggah dengan nilai kemanusiaan masakini
"Saya sebenarnya tidak akan terkejut kalau golongan neo-jahiliyah ini akan mengambil tindakan lebih keras," katanya.
