Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAH cabar DAP lapor pada SPR tentang hamper
Diterbitkan:  May 29, 2014 6:45 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

TELUK INTAN DAP sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pengagihan hamper makanan di Teluk Intan dan bukannya hanya sekadar membuat tuduhan, kata calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Mah menjawab dakwaan DAP bahawa beliau hadir di majlis anjuran pengarah Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di mana kira-kira 100 orang telah diberi hamper makanan percuma semalam.

ADUN DAP Bukit Gasing, R Rajiv yang berkata beliau menerima maklumat dan pergi untuk memeriksanya, mendakwa melihat calon BN itu hadir di majlis tersebut yang diadakan di Jalan Bomba di bandar Teluk Intan.

Dakwanya, beliau juga terdengar pengerusi majlis secara terbuka menggesa hadirin mengundi Mah.

Presiden Gerakan itu menjelaskan bahawa majlis tersebut merupakan satu daripada 32 program yang menghadiri semalam, dan beliau tidak mengagihkan apa-apa kepada mereka yang hadir, dan sebaliknya berkata, hamper tersebut diagihkan oleh agensi itu sendiri.

"Daripada hanya membuat tuduhan, DAP buatlah laporan kepada SPR jika mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Teluk Intan hari ini.

Dalam jawapan awalnya kepada SMS Malaysiakini, Mah berkata 'menjauhkan dirinya' apabila melihat hamper diagihkan.

Ditanya sama ada beliau ada mendengar pengerusi majlis meminta hadirin mengundinya, Mah berkata, beliau tidak mendengar apa-apa pada masa itu.

Ahad lalu, jawatankuasa pemandu BERSIH, dalam satu kenyataan, mengingatkan bahawa pemberian hadiah kepada pengundi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah sekyen 8 dan 10 (rasuah).

Mah kemudian membidas DAP yang menyediakan perkhidmatan bas tambang murah kepada pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dengan mengenakan hanya RM10 untuk tiket pergi-balik.

Ditanya sama ada itu boleh dianggap sebagai "membeli undi", Mah berkata, beliau tidak akan menggunakan perkataan itu tetapi berpendapat ia tidak betul.

"Bas-bas diatur oleh mereka, mereka akan mempengaruhi mereka (pengundi) semasa dalam perjalanan," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS